Mesyuarat Pengurusan Sekolah Wawasan Bil. 2 Tahun 2019

Mesyuarat Pengurusan Sekolah Wawasan Bil.2 Tahun 2019 telah berjaya diadakan pada 6 Ogos 2019 di Bilik Mesyuarat, SJK (C) Tun Tan Cheng Lock (TTCL) yang dipengerusikan oleh Puan Chew, Guru Besar SJKC TTCL. Mesyuarat ini dihadiri oleh Pentadbir-Pentadbir SK Dato' Onn Jaafar (DOJ) dan SJK (T) Tun Sambanthan (TS) serta YDP PIBG SKDOJ dan YDP PIBG SJKTTS. Dalam mesyuarat ini turut dihadiri oleh syarikat-syarikat yang menguruskan kerja-kerja pembersihan bagi ketiga-tiga buah sekolah dalam Kompleks Sekolah Wawasan USJ15.

Mesyuarat ini membincangkan hal-hal berkaitan dengan kebersihan, keselamatan, Sambutan Hari Kebangsaan dan Perhimpunan Sekolah Wawasan.

Gambar: En. Lee Kin Wai, GPK SJKCTTCL





Comments