Sumbangan Bagi Anak-Anak Yatim & Asnaf Sempena Bulan Ramadan 1440H


Para ibu bapa yang dihormati.

Bersempena Majlis Iftar Jamaie SKDOJ 2019 selain daripada sumbangan tunai bagi menampung perbelanjaan majlis tersebut, pihak PIBG SKDOJ 2019 memohon Rayuan Sumbangan “Uncang Raya” kepada 60 Keluarga Asnaf terdiri daripada anak yatim dan juga kurang berkemampuan dari Warga SKDOJ tidak mengira bangsa dan agama.

Kandungan Uncang Raya adalah seperti berikut:
✅Beras 5KG
✅Gula 1KG
✅Tepung
✅Beehoon
✅Teh/Kopi
✅Susu Pekat
✅Kicap

Sumbangan boleh disampaikan sebelum 23 Mei 2019.

Semoga sumbangan ini dapat memberikan sedikit manfaat, meraikan serta memberi sedikit keceriaan kepada keluarga tersebut.

Comments