CARA MEMBUAT PENDAFTARAN TAHUN SATU SECARA ONLINE
1.Isi Borang Online
Isi borang yang terdapat pada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berikut adalah pautannya: https://public.moe.gov.my

2.Cetak Borang
Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dicetak untuk tujuan pengesahan di sekolah.

3.Hadir Ke Sekolah Untuk Pengesahan
Selepas mendaftar secara online, ibu bapa diminta hadir ke sekolah yang dipohon dalam tempoh permohonan tersebut untuk membuat pengesahan.

Bawa dokumen berikut dalam bentuk asal dan salinan:
a) Cetakan borang permohonan online
b) Sijil lahir / anak angkat
c) Bukti alamat tempat tinggal (Bil elektrik/ bil air/ bil utiliti)
d) Kad pengenalan ibu bapa / penjaga
e) Surat nikah / surat cerai
f) Kad OKU / Imunisasi (jika berkaitan)

4.Semak Status Permohonan Tahun Satu
Selepas proses pendaftaran selesai, tunggu fasa selanjutnya untuk menyemak status permohonan. Semakan keputusan pendaftaran Tahun Satu biasanya akan dimaklumkan sekitar bulan Julai/Ogos. Jika berjaya, sekolah akan mengemukakan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan.
Jika tidak berjaya, boleh membuat rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan.

MAKLUMAT LANJUT
Jika mengalami masalah atau ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang pendaftaran ini, ibu bapa juga digalakkan untuk berhubung terus dengan pihak sekolah yang ingin dipohon.
Rujuk manual ini untuk memudahkan permohonan borang secara online: cara-pendafaran-murid-tahun-1-edr

Comments
Post a Comment