MENUKAR TARIKH GANTI PERSEKOLAHAN KEPADA HARI SABTU LAIN

Assalamualaikum warahmatullah / Salam Sejahtera.

Tuan,

HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN DAN TARIKH GANTI PERSEKOLAHAN SEMPENA PRU 14 YANG DIAMBIL PADA SABTU, 12 MEI 2018

1. Adalah dimaklumkan kepada semua Pengetua dan Guru Besar, semua sekolah di bawah KPM diberi Cuti Kelepasan Am Tambahan selama DUA (2) HARI bermula Khamis, 10 Mei 2018 hingga Jumaat, 11 Mei 2018 sempena pengumuman dari pejabat di Jabatan Perdana Menteri oleh Ketua Setiausaha Negara berkaitan PRU 14.

2. Adalah dinasihatkan oleh Unit Perhubungan dan Pendaftaran JPS, sekolah yang menjadi pusat mengundi dan telah menetapkan hari Sabtu, 12 Mei 2018 sebagai tarikh ganti persekolahan untuk menukar tarikh ganti persekolahan berkenaan kepada hari Sabtu yang lain. Mohon pihak pentadbiran sekolah memaklumkan pertukaran tarikh ganti kepada ibu bapa murid.

Kerjasama dan keprihatinan tuan / puan dalam perkara ini adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Comments