CUTI SEKOLAH: 10-11 MEI 2018

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa hari ini memaklumkan 10 Mei (Khamis) dan 11 Mei (Jumaat) sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

KSN berkata bagi negeri-negeri yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan, Ahad, 13 Mei ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan.

"Pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan," menurut kenyataan di sini hari ini.

Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

-- BERNAMA .....

Comments