Tempat Letak Kenderaan @ 29 April 2018

Lokasi Tempat Letak Kenderaan Untuk Ibu Bapa & Penjaga (Bertanda Kuning)

Dimaklumkan bahawa tempat letak kenderaan telah mendapat persetujuan daripada Polis Trafik USJ8 dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) supaya tindakan penguatkuasaan tidak dilaksanakan sempena Hari Kejohanan Sukan Olahraga SKDOJ 2018 pada 29 April 2018 (Ahad), jam 7.30 pagi hingga 3.00 petang. Perkhidmatan RELA diberikan bagi melancarkan pergerakan kenderaan.

Mohon kerjasama ibu bapa & penjaga datang awal bagi mengelakkan kesulitan meletak kenderaan. Dalam hal ini, disarankan ibu bapa & penjaga mengambil pengangkutan awam iaitu Tren LRT atau meletak kenderaan di lokasi 500 meter dari SKDOJ yang terletak di The Digital Mall USJ19 atau USJ14. Sebarang kesulitan amat dikesali jika berlaku.

Comments