SELAMAT DATANG KE KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN

Sekolah Wawasan ditubuhkan dengan konsep murid dari peringkat rendah boleh belajar bersama dalam satu kawasan tanpa mengira bangsa, kaum atau agama. Dua atau lebih sekolah rendah dari berlainan aliran ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah mempunyai bangunannya sendiri dan dihubungkan dengan laluan gajah menyusur.

OBJEKTIF
  • Untuk mewujudkan suasana harmoni di kalangan pelajar;
  • Untuk menggalakkan integrasi di kalangan pelajar;
  • Untuk melahirkan generasi Malaysia yang bertimbangrasa & memahami keperluan melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu; dan
  • Untuk menggalakkan interaksi maksimum di kalangan pelajar melalui perkongsian kemudahan dan penglibatan dalam aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.

CIRI-CIRI & PELAKSANAAN
Sekolah Wawasan mengandungi dua atau tiga sekolah rendah dari berbagai aliran.
  • Sekolah Kebangsaan 
    • (SK DATO' ONN JAAFAR - BBA8266) 
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 
    • (SJKC TUN TAN CHENG LOCK - BBC8416) 
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 
    • (SJKT TUN SAMBANTHAN - BBD8470) 
Semua sekolah ini ditempatkan dalam satu kawasan tetapi mengekalkan aliran masing-masing.

AKTIVITI BERSAMA SEKOLAH WAWASAN
  • Mesyuarat Pengurusan Sekolah;
  • Perhimpunan Bulanan; dan
  • Sukan Dwi-Tahunan.


Comments